Pages

Friday 24 February 2017

Maafkan umi

Entri  : 54

Penulis  :  Ainorhidayah Binti Zulkipli

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum anak – anak umi,

Maafkan umi kerana tidak dapat jadi seorang umi yang sempurna dimatamu. Maafkan umi kerana tidak melayan anak – anak umi dengan belaian kasih sayang. Maafkan umi kerana tidak dapat memenuhi segala keinginanmu. Maafkan umi kerana mengabaikan tanggunjawab umi  terhadapmu. Maafkan umi kerana gagal mengawal perasaan emosi lalu memarahimu anak – anak umi. Maafkan umi kerana tidak sempurna memberi asuhan dan didikan yang terbaik. Umi memohon maaf diatas ketidaksempurnaan umi sepanjang bersamamu wahai anak – anak umi.
Ketidaksempurnaan seseorang akan mendorong untuk kita melakukan yang lebih baik dan menjadi lebih baik apabila kita berilmu. Pengalaman kehidupan seseorang akan mendorong untuk kita berubah jadi yang lebih baik. Ambillah iktibar pengajaran dan pengalaman untuk mematangkan kita supaya lebih berdikari mengharungi liku – liku kehidupan.

Anak – anak umi,

Sejujurnya dengan nama Allah, umi sayangkan anak – anak umi dunia dan akhirat. Umi tidak mahu anak – anak umi ketinggalan dari mencari ilmu dunia dan akhirat. Pesan umi, dirikan solat walaupun dimana kamu berada.  Bacalah al quran setiap hari agar kamu tidak leka dan lalai dengan kebendaan dunia yang sementara. Berbaktilah dan beramal ke arah kebaikan yang boleh membawa kamu ke syurga. Lakukanlah yang terbaik dengan ikhlas agar nikmat kepuasan dimiliki. Berdoalah kepada Allah, minta apa saja kepadaNYA agar kamu tidak menjauhi dariNYA. Apabila kita mendirikan solat dan membaca ayat – ayat al quran akan tenang jiwa kita.

Wahai anak – anak syurga,

Nasihat dan pesanan umi, ingatlah sehingga akhir hayatmu. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak – anaknya. Walaupun ada ketikanya hatimu terluka dan kecewa dengan tegurannya itu adalah kerana mendidikmu. Walaupun ada ketikanya kamu merasa sunyi sapaan ibubapa kerana mencari rezeki untuk membesarkanmu wahai anak – anak umi. Adakalanya kamu membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tetapi kamu akan belajar berdikari tanpa ibubapa. Kejarlah cita – citamu setinggi manapun tapi jangan sampai kamu melupakan Allah. Dekatkan dirimu dengan Allah.

Anak – anak umi,

Sekiranya umi pergi dulu mengadap illahi, janganlah tangisi pemergian umi. Redhalah dan berdoalah kepada Allah semoga dicucuri rahmatNYA, diampunkan dosa – dosa umi, dan kita akan berjumpa di syurga nanti. Sedekahkanlah al fatihah untuk umi nanti. Apabila umi sudah tiada, anak – anak syurga umi tidak akan kehilangan kasih sayang umi. Tidak akan hilang gurau senda, tidak akan hilang senyuman dan gelak tawa kerana ia sentiasa wujud dan ada dalam diri anak – anak umi selama – lamanya. Umi berserah kepada Allah masa depan, hayat dan rezeki, keselamatan serta kehidupan anak – anak umi. Semoga Allah memberkati dan permudahkan urusan anak – anak umi. Doa umi sentiasa mengiringi perjalanan anak – anak umi. Semoga anak – anak umi menjadi anak yang solehah.


Genggamlah sekeping impian. Bawalah sebuah harapan dalam genggaman impian. Bangkitlah dari mimpi yang kosong, Kutiplah keyakinan, Binalah sebuah kejayaan yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Wednesday 22 February 2017

Entri  :  53

Penulis  : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwarakatuh.....

Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim. Marilah sama - sama kita mulakan dengan bacaan Surah Al fatihah. Alhamdulillah, sekali lagi saya akan berkongsi cerita kepada pembaca blog.

Ceritanya adalah begini, ayah dan meninggal dunia ketika aku masih kecil lagi. Adik beradik semua masih sekolah. Ibu selalu menangis memikirkan harus bagaimana hendak membesarkan dan menyekolahkan anak – anak seorang diri tanpa insan yang disayangi. Itulah dia aturan Allah S.W.T. Saat kita memikirkan perancangan di masa hadapan, Allah bagi kita kegembiraan.
Apabila Abang Ngah berhijrah dan memilih untuk meninggalkan kotaraya. Hati ibu mana yang tidak risau. Bolehkah dia meneruskan kehidupan dengan bekerja sendiri? Kalau sakit, adakah mempunyai wang untuk membiayaan kos perubatan di hospital. Apa tidaknya, kalau dengan kerajaan boleh buat pinjaman dengan bank dan banyak lagi kelebihan yang ada. Bolehkah dia membeli rumah untuk keluarganya berlindung dari hujan, cahaya matahari dan sebagainya. Semuanya bermain dalam kotak fikiran seorang ibu. Alhamdulillah, hasil berkat doa seorang ibu dan kesungguhan serta kegigihannya segala keinginanya hampir tercapai. Sudah ada simpanan untuk semua anaknya. Bahkan aset untuk masa depan.
Apa yang saya nak kongsikan, sebelum kita bercadang untuk bekerja sendiri atau resign hendaklah mempunyai simpanan yang mencukupi. Buat pengiraan dari semua aspek. Seeloknya cuba menjauhi untuk membuat pinjaman dengan bank. Pilih perniagaan yang membuatkan kita senyum, gembira dan juga untuk mendapat keberkatan.

Pengalaman dan kejayaan seseorang menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk terus maju dihadapan. Saya doakan semoga para pembaca jutawan dunia dan akhirat.

Saturday 11 February 2017

Belajar Taranum

Belajar Taranum

Entri : 52

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sumber : sendiri

Alhamdulillah. Kembali lagi saya untuk meneruskan catatan di blog ini. Sudah lama tidak buka blog. Sebenarnya ada kesempatan tapi tidak berkesempatan....hihihi, macam mana tu? Ada ruang untuk menulis dan mengarang tapi kemalasan melanda diri.

Cerita kali ini, tentang anak saya. 

Along : Umi, Along nak masuk tilawah kat sekolah. Boleh tak Umi?
Umi   : Betul ke? Jangan main - main.
Along : Betul la. Mana ada main - main.
Umi   : Kalau betul - betul nak masuk tilawah, bukan senang tau. Kena belajar asas taranum. 
           Suara rendah, tinggi. Semua tu, ada lagu. Pertama, niat nak kena betulkan dan ikhlas.
           Bukan nak menunjuk - nunjuk tapi kerana Allah SWT, mencari pengalaman, tambah 
           ilmu pengetahuan dan menguji diri kita sendiri. Along boleh ke?
Along : Boleh In Shaa Allah
Umi   : Umi ni, bukanlah pandai sangat pun tapi sebab anak nak belajar, Umi kena usaha dan 
           cuba bantu untuk anak. Sebab masa dah suntuk, kita tengok kat youtube je la. Slow - 
           slow nak belajar bukan mudah.
Bila dah tiba waktu ujian pemilihan wakil sekolah
Along  : Umi, Along takutlah. Tak berani rasanya
Umi    : Tak pe, pergi je. Dapat tak dapat lain cerita. Sekurangnya kita telah mencuba apa yang 
            termampu. Kita pun dah ada pengalaman. Bukan semua orang ada pengalaman 
            macam kita.
Selepas ujian 
Saya tidak tanya pada anak. Saya hanya tunggu dia bercerita 

Along : Umi, Along tidak berjaya. Tadi Along menangis dalam kelas. Kecewa sangat - sangat.
Umi   : Tidak mengapa. Kita boleh mencuba lagi. Sekali kita gagal bukan bermakna kita akan              selamanya. jangan sedih dan menangis lagi. Kita boleh usaha lagi selepas ini.

Sebenarnya, kita seorang ibu boleh menilai kemampuan anak. Saya tahu, anak saya tidak boleh menguasai taranum dengan baik. Apatah lagi saya, mengaji AQ semata - mata tanpa alunan. Disebabkan anak nak belajar taranum, saya ikutkan. Perkara yang baik. Bukan semua anak boleh cakap nak belajar taranum ni. Saya belajar dari kesungguhan anak. Saya kena usaha lebih untuk membantu dia. Dengan peristiwa itu, saya mencari guru untuk anak saya belajar ilmu taranum.



Monday 12 September 2016

WANITA


Entri  :  51

Penulis  : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwarakatuh.....

Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim. Marilah sama - sama kita mulakan dengan bacaan Surah Al fatihah. Alhamdulillah, sekali lagi saya akan berkongsi cerita kepada pembaca blog.

Kisah Pertama

Allah swt lebih menyayangi abah. Abah telah pergi buat selama - lamanya ketika aku berusia 10 tahun. Pengalaman emak membesarkan kami adik beradik banyak cabaran dan ujian. Apabila segala urusan dilakukan oleh seorang suami, tiba - tiba diambil alih oleh seorang isteri. Tiada ilmu dan pengalaman, itulah cabaran.
Perkara yang tidak dapat dilupakan Saat emak hendak membuka kepala gas di dapur.Pada pandangan kita, memang nampak senang tapi bagi mereka yang tidak biasa lakukan akan sukar hendak dihadapi. Itulah realitinya.

Kisah Kedua

Segala perkara dan urusan bank serta persekolahan anak dilakukan oleh suami. Tiba - tiba, Allah swt uji kita. Suami telah kembali ke rahmatullah, sakit tidak boleh bangun, pergi menunaikan haji, ibu tunggal dan sebagainya. Bagi kita yang biasa lakukan cakap memang senang tapi bagi mereka sukar. Keluarkan duit di mesin ATM pun tidak tahu dan apa lagi hendak mengisi minyak kereta.

Kisah Ketiga

Apabila seorang isteri telah ditinggalkan oleh suami. Menguruskan anak bukan mudah jika seorang diri tapi Allah swt ada memberi pertolongan. Dengan tiada pekerjaan, tiada kenderaan sendiri yang ada hanya semangat seorang ibu demi anak. Berkayuh dengan basikal beberapa kilometer, membawa anak yang demam ke klinik.

Memang lawak dan kelakar tapi jangan gelakkan orang lain. Bahagian kita, belum sampai lagi. Berdoalah, semoga suatu hari kita akan menjadi lebih bersedia dan prihatin serta tidak leka dalam semua hal. Ambil pengajaran dan iktibar apa yang berlaku disekeliling kita dan pengalaman hidup orang lain.


Monday 5 September 2016

IMPIAN


Entri : 50

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sumber : google kata kata hikmah

Mencari hikmah setiap kejadian menimpa itu kadang - kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa.  Hikmah hanya akan dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir Allah, tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibrah dan kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku.....

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan dan Kejayaan akan menentukan kebahagiaan.

Sungguh bermakna kata - kata ini. Menyentuh hati. Semuanya akan berhasil apabila kita berusaha, sabar dan berdoa. Sedikit masa dan ruang untuk diperlukan untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. In shaa Allah, jika diizinkan oleh Allah, kandang kambing akan dibesarkan lagi. Kandang lembu akan dibuat dan ternakan ayam kampung akan diusahakan. Ilmu dan pengalaman sentiasa selari dengan peredaran semasa. Jika ada rezeki, in shaa allah akan wujudkan kursus usahawan ternakan. Semoga impian tercapai.

TIPS UNTUK ANAK


Entri : 49

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sumber : google

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah hanya minta kita sabar dan solat. Sudah lama tidak  bersiaran di blog ini. Kesempatan yang ada digunakan untuk memberi ilham dan idea dalam perjalanan penilusan blog ini.

Ada kisah perkongsian yang ingin dikongsikan.  Pada suatu hari, anak memberitahu bahawa 
dia tidak mahu ke sekolah agama. “Kenapa”?, tanda kehairanan. Dia pun menjawab takut ustaz soal dalam kelas dan dia tidak dapat jawab. Saya nak nasihatkan dia supaya pergi dengan tenang dan yakin. Saya bagi nasihat dan tips. Saya pesan keluar rumah, sampai pagar sekolah, sampai pintu kelas, baca selawat, al fatihah, bismillahillazilayadurru dan ayat pertama surah masad. 


Kemudian, niat semoga Allah permudahkan urusan kita. Dan Alhamdulillah, hasilnya Berjaya. Anak boleh menjawab soalan yang diberi oleh ustaz.
Itulah keajaiban ayat ayat suci al quran. Kita  yakin dan sabar, In shaa Allah dipermudahkan. 

Sunday 22 May 2016

PENGACARA MAJLIS

Entri : 48

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salam ceria dan salam ukhwah kepada semua sahabat. Berfikiran Positif dan optimis akan membawa  kepada pemikiran yang lebih matang. Mudahan hadirnya akan memberi impak yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan. Semoga apa yang direncanakan  akan berkesudahan dengan baik dan membawa kepada keberkatan dalam hidup. Sekaligus akan menyenangkan kepada orang lain. Itulah ilmu yang disampaikan atau perkara yang dilakukan yang memberi manfaat kepada orang lain. Itulah amal jariah yang disedekahkan dan diamalkan sebaik mungkin. 

Perkongsian ilmu kali ini adalah berkaitan dengan Pengacara Majlis. Hendak dijadikan cerita, anda terpaksa menjadi pengacara majlis tangkap muat. Dengan tiada pengalaman, tiada pengurusan skrip pengacara majlis sedikit sebanyak akan membuatkan diri rasa takut, gugup, gelabah dan bermacam - macam lagi perasaan lain yang akan hadir. Rasa nak marah pun ada, bila dipanggil secara mengejut dengan tiada persediaan. Itulah dia, asam garam dalam perjalanan untuk menjadi atau menguruskan sesuatu majlis yang melibatkan pengacara majlis. Secara rasminya ada protokol. 

Secara umumnya, apabila kita dilantik sebagai pengacara majlis banyak maklumat yang kita kena tahu. Contoh Tarikh, Masa dan tempat majlis diadakan. Aturcara majlis. Senarai VVIP yang hadir, Siapa jemputan dalam majlis tersebut. Paling senang pun minta dari AJK kertas kerja. Dalam kertas tersebut sudah cukup maklumat yang patut diketahui.

Dalam mengacara majlis, kali pertama mesti kita rasa ada cacat atau yang tidak kena. Pengalaman akan ajar kita dan membantu memperbaiki kelemahan. Kita akan lebih matang dan positif dalam mengacara sesuatu majlis.

Apa yang membuat lebih motivasi ialah keseronokkan apabila kita sudah tahu langkah - langkah perjalanan dalam mengacara majlis. Lebih tenang, tidak gopoh dan berhati - hati dengan sebutan akan membuatkan kehadiran keyakinan. Datang sebuah senyuman dengan diiringi kesyukuran apabila selesai majlis. Itulah nikmat dirasai menjadi pengacara majlis. Kita akan dipanggil lagi untuk menjadi pengacara majlis apabila pihak urusetia puashati dengan persembahan yang dihidangkan. Yang baik datang dari Allah swt dan yang kurang dari dari kelemahan saya. Harap dimaafkan jika ada yang kekurangan. Wallhualam.